2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead

Kenali Brunei

Melawat sambil belajar 

mempelajari dan mengenali nama bangunan

 hasil kerja Murid



 Sudut Bruneiku d Blok Pra


Sudut Bruneiku di blok C

 Sudut Bruneiku di Blok B

CSP : Pledge4nature (science exploration activities)

Program Science exploration activities- Pledge4Nature + CSP ( Community services Program) dilaratkan lagi dengan membuat lawatan dan aktiviti eksplorasi ( Topic: properties of materials) bagi murid-murid Tahun 4 di Kawasan Yayasan Sultan Haji Hasanal Bolkiah.

Dalam aktiviti eksplorasi ini, murid-murid dikehendaki membuat penelitian, memerhati dan merekod ( observation and record) mengenai penggunaan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bangunan di Kampong Ayer, Jambatan dan juga di tebing Sungai Yayasan.  Aktiviti berkumpulan ini juga memerlukan murid-murid berbincang mengenai pemilihan bahan yang digunakan untuk sebuah bangunan dan kenapa ianya digunakan (discussion on properties of materials and why they chose/used certain materials).


Selesai sahaja aktiviti itu, Murid-murid seterusnya dibawa untuk membuat kempen kebersihan disekitar kawasan. Ini adalah untuk memupuk kesedaran kepada murid tentang kebersihan alam sekitar dan  juga menjadikan murid-murid sebagai seorang rakyat Brunei yang berbakti kepada Negara, Raja, Bangsa dan Agama.  Aktiviti seumpama ini adalah sebahagian daripada program Pledge4nature dan program khidmat Masyarakat (community services program) yang telah dijalankan sejak tahun 2010 lagi.


Melalui respon balas murid-murid, mereka sangat gembira dan suka dengan pembelajaran di luar sekolah kerana ianya memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka. Ada diantara murid-murid yang belum pernah datang ke pusat bandar  dan juga melihat sendiri kawasan Kampong Ayer.













LSB- Royal Regalia Bandar Seri Begawan

Lawatan Sambil Belajar ( LSB) bagi murid-murid dari Tahun 4A dan Tahun 4B telah menyaksikan sendiri Pameran peralatan-peralatan Kebesaran DiRaja yang terdapat didalam bangunan Royal Regalia.
LSB ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti program pendidikan berintegrasi yang melibatkan aktiviti-aktiviti daripada subjek Matematik, subjek Science, Social Studies dan Bahasa ( Inggeris dan Melayu). Dalam Lawatan kali ini murid-murid dikehendaki menyelesaikan latihan/soalan-soalan yang diberikan yang berkaitan dengan topik yang dipelajari. 







Hari Brunei ku...

5mei 2011- Khamis: SRTK membuka lembaran baru dalam program Tahunan Akademik dengan mengadakan Program Pendidikan berintegrasi (PPi) dimana tahun ini ianya dimulakan dengan subjek Am seperti subjek MIB, Social Studies, Seni Kreatif dan Lukisan. Diselitkan juga Kuiz kenegaraan dikelolakan oleh unit Bahasa Melayu.

Tema bagi PPi adalah 'Cintai dan Kenali Negara- Hari Bruneiku. Diantara aktiviti-aktiviti dalam program ini  adalah persembahan Tarian Asli Brunei, Persembahan Pakaian Asli Puak Brunei, bengkel dan tunjuk cara memasang dastar, demonstrasi permainan Tradisi Brunei ( permainan pasang dan tinting) dan tunjukcara memasak makanan tradisi Brunei ( kuih cacap dan membungkus kelupis dan wajid).
Acara kemuncak adalah pertunjukan Adat perkahwinan Tradisi Brunei ( Malam Berbedak) dengan mengenakan pakaian persandingan Brunei dan juga acara berbasuh kaki ( Adat persandingan masyarakat Tutong).


Disetiap persembahan, demonstrasi atau tunjukcara disusuli dengan soalan yang berkaitan. Kesemua pelajar disediakan kertas soalan untuk dijawab mengikut peringkat kelas masing-masing.



















SRTK MENERUSKAN PENGLIBATAN CSP+P




28 April 2011, Khamis; SRTK kini menambah penglibatan agensi luar sekolah dalam Program-COMMUNITY SERVICE PROGRAM & PARTNERSHIP untuk sama-sama berusaha meningkatkan kejayaan sekolah khasnya pelajar-pelajar.

Hari ini Pusat Kaunseling yang terdiri dari Pegawai-Pegawai Bahagian Latihan & Penyelidikan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei yang diketuai oleh YM Major Rosli Bin Bujang telah menandatangani 'Certificate of Recognition' bagi Program Community Service Program & School-Partnership SR Tutong Kem bagi perancangan di masa-masa akan datang.

TERIMA KASIH di atas SUMBANGAN BISKITA.





SESI MOTIVASI PELAJAR T6






28 April 2011, Khamis: Pelajar Tahun 6 SRTK telah mengikuti Sesi Motivasi yang dikelolakan oleh Pusat Kaunseling Angkatan Bersenjata Diraja Brunei Cawangan Latihan & Penyelidikan yang diketuai oleh YM Tuan Major Rosli bin Bujang Ketua Cawangan Latihan & Penyelidikan.