2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead
Showing posts with label mejamaklumat. Show all posts
Showing posts with label mejamaklumat. Show all posts

SESI APRESIASI & MENANDANGANI REKOD KEMAJUAN PELAJAR AKHIR TAHUN 2011










Sesi 3 Dalam 1 : Sekitar Sesi Kongsisama Maklumat Sekolah, Sesi Penghargaan Ibubapa /Penjaga Pelajar & Sesi Menandatangani Rekod Kemajuan Pelajar Akhir Tahun 2011

26 November 2011

Sekalong Penghargaan & Terima Kasih Di atas Sokongan & Kerjasama Berterusan Semua Ibubapa / Penjaga Pelajar SR Tutong Kem Tutong Tutong I.

PERADUAN MARI BERCERITA 2011

YM Pmk Pegawai Daerah Tutong selaku Tetamu Kehormat bergambar ramai bersama 10 Peserta Peringkat Akhir Mari Bercerita Tahun 2011 bagi Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong.


21 April, Khamis: Peraduan Mari Bercerita Tahun 2011 Peringkat Akhir telah diadakan di SR PDN PJ Sengkarai bagi Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong. Seorang pelajar Tahun 6 sekolah ini; Dyg Zurin Adibah binti Abdullah telah terpilih ke peringkat akhir berkenaan. Syabas dan Tahniah

BERITA UNTUK IBUBAPA SRTK - April 2011

1] THE 8th PRIMARY SCHOOL SCIENCE OLYMPIAD [PSSO] 2011: Dua orang Pelajar Sekolah ini di antara 50 orang pelajar sekolah-sekolah rendah: Nur Rasyidah Binti Moss & Zurin Abidah binti Md.Zun berjaya untuk kepusingan ke dua seterusnya yang akan diadakan pada 13 April 2011. 2] THE 6th PRIMARY SCHOOL MATEMATICS OLYMPIAD [PSMO] 2011: Dua orang pelajar sekolah ini di anatara 58 orang pelajar sekolah-sekolah rendah: Ammar Syafiq bin Hj.Allani Asharee & Nur Amirah Sa'adatul Adawiyah binti Md.Daud berjaya & terpilih ke peringkat kedua [Peringkat Akhir] yang akan diadakan pada 14 April 2011. 3] CIKGU NORRAFAH HJ.JAIT salah seorang guru sekolah ini menyertai Persidangan Antarabangsa di Quensland Australia 09 - 15 April 2011 4] Seorang Pelajar Tahun 6- Dyg Zurin Adibah binti Abdullah Berjaya memasuki Peringkat Akhir Peraduan Mari Bercerita 2011 Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong . 6]Pasukan Tarian Brunei Asli SR Tutong Kem berjaya ke pusingan seterusnya - semi-final pada 05 Mei 2011 PERTANDINGAN TARIAN BRUNEI ASLI 2011 bagi Sekolah-Sekolah Rendah Senegara.

SYABAS & TAHNIAH KEPADA MEREKA


SEMOGA TERUS BERJAYA

CENTENARY BROWNIE CHALLENGE 2010

Dua orang pelajar Tunas Puteri & Pemimpin Pandu Puteri dari SR Tutong Kem Tutong I bersama Guru Besar sebelum berlepas ke Kuala Lumpur
15 Disember 2010, Rabu; Dua orang pelajar Tunas Puteri dari SR Tutong Kem Tutong I adalah antara 12 pelajar Tunas Puteri dan Pandu Puteri bersama 4 Pemimpin Pandu Puteri yang berlepas ke Kuala Lumpur Malaysia bagi menyertai acara Centenary Brownie Challenge Malaysia 2010. Beberapa aktiviti Pandu Puteri akan diadakan termasuk persembahan kebudayaan, 'jungle trekking' dan lawatan di sepanjang 5 hari acara berkenaan.

Tahniah kepada pelajar-pelajar berkenaan & semoga berjaya.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR TERBAIK 2010

SEKITAR KECERIAAN MAJLIS





Antara Persembahan Kreativiti Pelajar
Pelajar Pra dengan Aksi Pakaian berbagai Bangsa


29 November 2010, Isnin; Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Terbaik Tahun 2010 telah diadakan di Dewan SR Tutong Kem dengan Tetamu Kehormat Pegawai Pemerintah Bn2 Perkhemahan Tutong Kem. Antara aturcara di majlis berkenaan seperti; Ucapan Pengerusi Majlis Guru Besar SR Tutong, Ucapan Tetamu Kehormat, persembahan pentas oleh pelajar-pelajar dan penyempaian Hadiah kepada pelajar terbaik Akademik & PSR serta acara khas ibubapa pelajar.

SESI MENANDATANGANI REKOD & PENGHARGAAN IBUBAPA

Guru Besar mengongsikan beberapa maklumat pencapaian akademik & program sekolah


Antara Ibubapa & Penjaga Pelajar yang hadir



Memberikan Sijil Penghargaan kepada salah seorang bapa pelajar yang anaknya telah menunjukkan kemajuan dalam akademik



Maklumat pencapaian Akademik pelajar juga dipamerkan

27 November 2010, Sabtu 1.45 petang; SESI MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN PELAJAR yang juga diteruskan dengan SESI PENGHARGAAN IBUBAPA & PENJAGA PELAJAR telah diadakan di Dewan SR Tutong Kem. Sebelum sesi menandatangani Rekod kemajuan pelajar berkenaan, Guru Besar telah mengongsikan dapatan analisis Penilaian Akhir Tahun dan program-program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2010.

Dalam Sesi Penghargaan Ibubapa, kriteria tertentu telah dibuat di mana pelajar yang menunjukkan kemajuan akademik dengan tahap sasaran kenaikan 5 peratus mata pelajaran diberi sijil penghargaan. Perkara tersebut diadakan adalah untuk mengucapkan Penghargaan dan Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan dalam membantu anak-anak mereka untuk terus meningkat dan berjaya.

"SCRAPBOOKING AWARD 2010"

Antara hasil kerja kreativiti guru-guru
Penerangan rengkas sebelum menghakimkan


Kreatif & bermaklumat adalah antara ciri yang penting.

Warna-warni menambah keceriaan Scrapbooking.






25 November 2010, Khamis; Salah satu program kreativiti & Profesional Guru SR Tutong Kem telah diadakan. Antara tujuan adalah untuk memperlihatkan kreativiti masing-masing, sebagai kegiatan sokongan pengajaran & pembelajaran dan untuk memperkayakan hasil kerja guru yang boleh digunakan dalam apajua aktiviti yang boleh dipamerkan. Dua orang Guru Besar dan dua orang Guru Lukisan Khas telah diundang untuk menghakimkan acara berkenaan dalam menilai Scrapbooking yang terbaik.