Bengkel numerasi untuk Ibubapa dan Penjaga murid telah dijalankan bagi mengenalkan kepada ibubapa agenda sekolah dalam sama-sama meningkatkan kemahiran numerasi murid-murid khasnya 4 operasi mudah dan sifir.
Bengkel ini disampaikan oleh guru-guru dari unit matematik sekolah. Ibu bapa dan penjaga murid juga berkesempatan untuk mencuba sendiri menjawab soalan-soalan yang berkaitan yang terdapat didalam latihan yang diberikan kepada anak-anak mereka disekolah.
Antara aktiviti dijalankan didalam bengkel ini ialah mengenalkan dan tunjuk cara menjalankan 3 kerja rumah utama yang berkaitan dengan numerasi.
3 Kerja Rumah utama itu adalah:
1. Homelink Tables ( Sifir mudah -20 Soalan)
2. SBO@home ( 4 operasi asas - 80 Soalan)
3. Bijak Sifir di Rumah ( 100 soalan)
Seramai 20 orang Ibu Bapa dan Penjaga Murid menghadirkan diri untuk memberi sokongan dan mengikuti bengkel yang diaturkan.
Pihak Sekolah dan AJK PIBG mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran biskita.