2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead
Showing posts with label Program Tahunan Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Program Tahunan Sekolah. Show all posts

LANTIKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PELAJAR TAHUN 2011
























07 Februari 2011, Isnin: Satu sesi khas bagi Lantikan Ketua Pelajar, Prefek dan Ketua-Ketua Kelas serta penolong-penolongnya secara rasminya telah diadakan. Sesi berkenaan telah diselajurkan dengan pembacaan Ikrar Pemimpin Pelajar sebagai tanda kesediaan mereka dalam memajukan sekolah dan kesejahteraan semua.

SESI KONGSISAMA & MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN PELAJAR TAHUN 2010 SERTA SESI PENGHARGAAN IBUBAPA PELAJAR 2010






Sesi Kongsisama & Menandatangani Rekod Kemajuan Pelajar telah dilaksanakan pada 06 Julai 2010, hari Selasa; jam 8.00 pagi. Sesi berkenaan diselajurkan dengan SESI PENGHARGAAN IBUBAPA/PENJAGA PELAJAR yang mana anak-anak mereka telah mencapai kecemerlangan dalam Penilaian Pertengahan Tahun. Seramai 33 pelajar telah mencapai tahap lebih 85% [Rendah Atas] dan 90% [Rendah Bawah]dalam peratus pelajaran mereka. Dalam ucapan Guru Besar, beliau amat berpuas hati dengan pencapaian berkenaan dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan di atas sokongan dan kerjasama berterusan yang diberikan oleh pihak ibubapa. Dalam sesi itu juga Guru Besar menyampaikan beberapa maklumat; di antaranya hal-hal agenda dan inisiatif sekolah, perancangan sepanjang tahun dan juga mengongsikan Dapatan Analisis Penilaian Pertengahan Tahun / Semester I yang telah dilaksanakan. Sambutan amatlah menggalakkan di mana lebih 125 orang ibubapa dan penjaga pelajar telah hadir dan meluangkan masa bagi sesi berkenaan.

Di atas sokongan dan kerjasama yang diberikan, diucapkan terima kasih.