23 Mei 2011; Pihak sekolah telah mengadakan satu projek khas bagi pelajar rendah atas iaitu Student's Scrapbooking Award 2011 dengan tema Hubungan Brunei China. Dua orang hakim khas yang terdiri dari Guru Lukisan Khas dari dua buah sekolah rendah yang lain telah menghakimi hasil kerja pelajar-pelajar berkenaan. Projek berkenaan bertujuan untuk menambah hasil sumber sekolah sebagai bahan rujukan dan alatan pembelajaran. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa / penjaga pelajar di atas perhatian dan bimbingan kepada anak-anak biskita.