2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead
Showing posts with label AKTIVITI ROHANI. Show all posts
Showing posts with label AKTIVITI ROHANI. Show all posts

SALAM MAULIDUR RASUL

Pelajar yang diraikan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433/2012





09 Februari 2012, Khamis: Sambutan Maulidur Rasul 1433/2012 SR Tutong Kem telah diadakan yang juga diselajurkan untuk meraikan seorang pelajar Tahun 4 yang telah memeluk ugama Islam dan Kesyukuran bagi seorang Pelajar Cemerlang 2011 [tahun 4] dan 5 orang Pelajar Cemerlang PSR 2011. Di sepanjang majlis itu juga telah diiringi dengan dikir Marhaban yang dibawa oleh Kumpulan dikir SRTK. Di majlis berkenaan telah diserikan dengan kehadiran Tetamu Khas YM Cikgu Masni binti Abd.Rahman, Penyelia Kanan Sekolah-Sekolah Tutong I yang juga telah menyempurnakan menabur bunga rampai kepada pelajar-pelajar yang diraikan dan menyampaikan hadiah kepada peserta Peraduan Nasyid.

TAKZIAH dan Alfatihah.




Semua Warga Sekolah ingin merakamkan sekalung takziah buat keluarga Allahyarham Cikgu Ibrahim Bin Hj. Abd.Rahman, Pengarah Sekolah-Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam yang telah kembali ke Rahmatullah pada 29 Jun 2011. Satu majlis khas membaca Surah Yassin dan Bertahlil bagi Allahyarham telah diadakan di Dewan SR Tutong Kem memohon Semoga roh Allhayarham dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman, beramal soleh dan golongan ahli Syurga...Amin, Amin, Amin Ya Rabbal 'Alamin. Alfatihah.


"Jasa Allahyarham Akan Sentiasa Dikenang"

AKTIVITI ROHANI MINGGUAN: MEMBACA SURAH YASSIN & TAHLIL




Diadakan sekali seminggu sebagai salah satu aktiviti Keugamaan Sekolah ini. Ianya bertujuan untuk membentuk dan menanam Rohani dan Sahsiah Pelajar yang Mulia serta untuk mendekatkan lagi diri kepada Allah Taala yang memberi segala Rahmat- Keselamatan, Kesejahteraan, Kesihatan dan Kecemerlangan.

Dikir Mauludir Rasul

- 4hb Mac 2010

Dikir Mauludir Rasul sempena Maulud Nabi S.A.W pada tahun ini telah didakan di Surau Sekolah Rendah Tutong Kem bermula jam 11.30 pagi. Ianya melibatkan semua murid dan guru-guru.