- 1hb Mac 2010
Pertandingan pidato tersebut telah dimulakan dengan 2 orang pemidato menyampaikan pidato mereka masing-masing. Pertandingan pidato ini melibatkan 22 orang murid yang telah dipilih dari Tahun 4 hingga 6 yang mana setiap pemidato telah diberi tajuk pidato mereka masing-masing dan telah diberi jadual waktu bila mereka akan menyampaikan pidato mereka.
Seramai 2 orang pemidato akan bertanding pada perbarisan pagi hari Isnin, Rabu dan Sabtu (selama 5 minggu) hinggalah kesemua peserta telah menyampaikan pidato mereka masing-masing. Setelah itu seramai Top 10 pemidato akan dipilih dan bertanding lagi dalam pusingan akhir bermula 5hb April hingga 14hb April untuk menentukan pemenang.