04 Jun 2011, Sabtu; SR Tutong Kem telah menerima Kunjungan dari rombongan Sekolah Yayasan Haji Hassanal Bolkiah yang diketuai oleh YM Cikgu Norbaini binti Hj.Abdullah Pegawai Pelajaran Kanan/Guru Besar, bersama dengan Pen.Guru Besar, Guru-Guru Kanan dan Ketua-Ketua Unit sekolah berkenaan seramai 25 orang. Semasa lawatan, Guru Besar telah memberikan taklimat Profil Sekolah dan hal-hal Pengurusan dan Pentadbiran sekolah dan seterusnya membuat lawatan kebeberapa bahagian bangunan dan bilik-bilik khas & kelas-kelas. Di sesi lawatan itu, guru-guru di kedua pihak berkesempatan untuk berinteraksi dan bertukar-tukar maklumat khasnya dalam pengajaran dan pembelajaran.