2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead
Showing posts with label lawatan sambil belajar. Show all posts
Showing posts with label lawatan sambil belajar. Show all posts

LSB- Royal Regalia Bandar Seri Begawan

Lawatan Sambil Belajar ( LSB) bagi murid-murid dari Tahun 4A dan Tahun 4B telah menyaksikan sendiri Pameran peralatan-peralatan Kebesaran DiRaja yang terdapat didalam bangunan Royal Regalia.
LSB ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti program pendidikan berintegrasi yang melibatkan aktiviti-aktiviti daripada subjek Matematik, subjek Science, Social Studies dan Bahasa ( Inggeris dan Melayu). Dalam Lawatan kali ini murid-murid dikehendaki menyelesaikan latihan/soalan-soalan yang diberikan yang berkaitan dengan topik yang dipelajari. 







Lawatan Ke Pameran Pedang Nabi Tongkat Nabi Musa (Darullifta BD)


Khamis -31hb Mac 2011

Sekumpulan pelajar dari kelas Tahun 4B dan Kelas Tahun 5B bersama guru-guru kelas dan guru-guru subjek M.I.B membuat lawatan ke Pameran Pedang Nabi Musa, galeri Koleksi Manuskrip dan melihat galeri Koleksi pedang dan tasbih, Kebawah Duli YMM Sultan dan Yang Di Pertuan.
Lawatan ilmiah ini adalah sebahagian daripada aktiviti Unit Subjek Am, dijalankan oleh guru-guru subjek M.I.B.

LAWATAN DAN MENYERTAI AKTIVITI DI HARI TERBUKA SEMPENA 20 TAHUN MA'HAD ISLAM BRUNEI 2010


Khamis, 5hb Ogos 2010- Sekumpulan Pelajar Kelas Tahun 4B (seramai 15 orang) telah diberi peluang untuk menyertai lawatan serta aktiviti di hari terbuka sempena 20 tahun Mah'ad Islam Brunei. Sesi lawatan ini diawasi oleh cikgu Abas dan Cikgu Al-Sufri.
Mereka juga berpeluang untuk menyaksikan pameran- pameran dan fun-fair.

Salah satu aktiviti yang disertai adalah permainan cerdas minda.