2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead

SESI MENANDATANGANI REKOD & PENGHARGAAN IBUBAPA

Guru Besar mengongsikan beberapa maklumat pencapaian akademik & program sekolah


Antara Ibubapa & Penjaga Pelajar yang hadir



Memberikan Sijil Penghargaan kepada salah seorang bapa pelajar yang anaknya telah menunjukkan kemajuan dalam akademik



Maklumat pencapaian Akademik pelajar juga dipamerkan

27 November 2010, Sabtu 1.45 petang; SESI MENANDATANGANI REKOD KEMAJUAN PELAJAR yang juga diteruskan dengan SESI PENGHARGAAN IBUBAPA & PENJAGA PELAJAR telah diadakan di Dewan SR Tutong Kem. Sebelum sesi menandatangani Rekod kemajuan pelajar berkenaan, Guru Besar telah mengongsikan dapatan analisis Penilaian Akhir Tahun dan program-program yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2010.

Dalam Sesi Penghargaan Ibubapa, kriteria tertentu telah dibuat di mana pelajar yang menunjukkan kemajuan akademik dengan tahap sasaran kenaikan 5 peratus mata pelajaran diberi sijil penghargaan. Perkara tersebut diadakan adalah untuk mengucapkan Penghargaan dan Terima Kasih atas kerjasama yang diberikan dalam membantu anak-anak mereka untuk terus meningkat dan berjaya.

"SCRAPBOOKING AWARD 2010"

Antara hasil kerja kreativiti guru-guru
Penerangan rengkas sebelum menghakimkan


Kreatif & bermaklumat adalah antara ciri yang penting.

Warna-warni menambah keceriaan Scrapbooking.






25 November 2010, Khamis; Salah satu program kreativiti & Profesional Guru SR Tutong Kem telah diadakan. Antara tujuan adalah untuk memperlihatkan kreativiti masing-masing, sebagai kegiatan sokongan pengajaran & pembelajaran dan untuk memperkayakan hasil kerja guru yang boleh digunakan dalam apajua aktiviti yang boleh dipamerkan. Dua orang Guru Besar dan dua orang Guru Lukisan Khas telah diundang untuk menghakimkan acara berkenaan dalam menilai Scrapbooking yang terbaik.