Salah satu langkah yang diambil oleh pihak sekolah dalam SMK-Sekolah Mempromosikan Kesihatan ialah: buah-buahan yang dibekalkan dimakan bersama-sama sewaktu rehat. Dengan cara dan amalan pengambilan ini, pelajar akan merasa selesa sewaktu belajar dengan memakan buah sebagai salah satu sumber menyihatkan tubuh badan dan minda.
2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead
KONGSISAMA INFO - SMK
Sesi Kongsisama dalam aktiviti mingguan setiap Rabu-Perkembangan Staf sering diadakan dalam memberi maklumat di kalangan guru. Di antara perkara yang baru-baru ini diadakan ialah mengenai Sekolah Mempromosikan Kesihatan khasnya hal kebersihan, makanan sihat dan Obesity hasil dari dapatan taklimat-taklimat yang dihadiri oleh beberapa orang guru.
TAKZIAH dan Alfatihah
23 september 2010, Khamis- SRTK telah mengadakan bacaan Yaasin dan tahlil sempena Hari Guru. Dikesempatan ini juga, warga sekolah mengucapkan takziah dan mendoakan semoga pemergian kerahmatullah bapa kepada cikgu Kaimah bte Mohd Taib dicucuri rahmat dan ditempatkan kedalam golongan orang-orang yang beriman.
Alfatihah.
Alfatihah.
2 PELAJAR SR TUTONG KEM MERAIH KEJAYAAN DI 'INTERNATIONAL PEACE DAY BRUNEI QUEST 2010
.jpg)
19 September 2010, Ahad, Bertempat di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, Kampung Anggrek Desa; Dua orang pelajar Tunas Puteri daripada 3 orang wakil sekolah ini setelah pusingan ke dua dijalankan pada 5 September lalu telah terpilih ke pusingan akhir Brunei Quest meraih kejayaan dengan menduduki tempat Ke Dua dan Ke Tiga dalam acara berkumpulan bersama Pelajar Pandu Puteri. Syabas & Tahniah di atas kejayaan cemerlang dalam acara berkenaan dari semua warga sekolah SR Tutong Kem Tutong I.
TIGA PELAJAR SR TUTONG KEM DI ANTARA 'TOP TEN' TUNAS PUTERI
.jpg)
.jpg)
Dua daripada tiga orang pelajar sekolah ini adalah di antara 5 orang pelajar Tunas Puteri dan lima orang pelajar Pandu Puteri yang berjaya terpilih dan memasuki ke peringkat akhir bagi acara INTERNATIONAL PEACE DAY BRUNEI QUEST 2010 setelah menjalani pusingan separuh akhir. Acara tersebut telah dianjurkan oleh Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam sempena Hari Kedamaian 2010. Di majlis berkenaan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah berkenan menganugerahkan kepada pemenang-pemenang.SARINGAN INTERNATIONAL PEACE DAY BRUNEI QUEST 2010
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
29 Ogos 2010, SR Tutong Kem terpilih menjadi tuan rumah bagi salah satu acara Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam iaitu sebagai Pusat Ujian bertulis International Peace Day Brunei Quest Tahun 2010.
Sesi saringan pertama berkenaan adalah bagi dua kategori yang terdiri daripada pelajar Pandu Puteri dan Pelajar Tunas Puteri bagi beberapa buah sekolah menengah dan rendah di Daerah Tutong. Enam orang Pelajar Tunas Puteri dari sekolah ini menyertai acara berkenaan.
MAJLIS KHATAMAL QUR'AN
02 September 2010, Khamis; Majlis Khatam Al Qur'an telah diadakan bagi guru-guru dan kakitangan dari gabungan Sekolah Rendah Tutong Kem dan Sekolah Ugama Tutong Kem seramai 38 orang. Acara Tersebut diadakan sempena bulan Ramadan yang mubarak di samping mempereratkan lagi kerjasama dan silaturrahim di antara kedua buah sekolah yang berlainan sesi.
Subscribe to:
Comments (Atom)