2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead

SMK-SEKOLAH MEMPROMOSIKAN KESIHATAN






Salah satu program tahunan sepertimana dalam Rancangan Tindakan Sekolah Tahun 2010 dengan menyokong saranan Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan Warga Sekolah yang sihat. Di antara aktiviti SMK 2010 sekolah ialah Program 5 Minit Info di mana setiap guru akan menyampaikan satu tajuk khas mengenai kesihatan. Aktiviti berkenaan telah bermula pada bulan Julai dan akan diadakan sekali seminggu dengan tajuk yang berlainan dengan penglibatan pelajar adalah diutamakan.

PROGRAM KEMAHIRAN BERFIKIR 2010





Julai 2010: Program Kemahiran Berfikir adalah salah satu Program Tahunan KOMITI AKADEMIK Sekolah yang merupakan satu strategi 'nilai tambah' kepada perkembangan mental pelajar. Beberapa aktiviti telah disediakan yang menduga fikiran pelajar di samping penyediaan sudut aktiviti.

KEJAYAAN PELAJAR DALAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2010


Dalam Kejohanan Olahraga bagi Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I yang lalu, 3 orang pelajar dari sekolah ini telah meraih 2 Pingat Emas dan 1 Pingat Perak. Syabas & Tahniah di atas kejayaan mereka serta setingi-tinggi penghargaan kepada Guru Pengawas.

SEKITAR PROGRAM BULAN ETOS S.M.I.L.E. 2010






S.M.I.L.E. : Study Smart Manners Involve everyone Learning Efforts. Semua pihak adalah contoh kepada semua pelajar untuk meminati membaca dan mengamalkan disiplin yang terpuji.

PROGRAM S.M.I.L.E. Ethos Month






Bulan Ethos S.M.I.L.E. [Julai & Ogos] yang menjurus kepada dua perkara yang hendak dipertingkatkan iaitu:
1. Kesedaran untuk membaca buku di mana-mana dan pada bila-bila waktu saja.
2. Membudayakan pelajar untuk sentiasa berdisiplin atau bersopan-santun pada setiap
masa dan di mana saja sebagai asas untuk berjaya.
Tema bagi program berkenaan ialah: GENERASI PENCINTA BUKU dan BERDISIPLIN ASAS KEJAYAANPelancaran program tersebut telah dilaksanakan pada 26 Julai 2010. Semua warga sekolah terlibat dalam program berkenaan termasuk kakitangan dan beberapa orang ibubapa pelajar juga hadir dan menjadi contoh atau 'role model' kepada semua pelajar.