Isnin, 30 Ogos 2010; Satu majlis Bersembahyang Sunat Hajat dan Membaca Surah Yasin telah diadakan di sekolah ini. Majlis berkenaan yang dianjurkan bersama oleh pihak sekolah dan Persatuan Ibubapa Guru sekolah ini, adalah bertujuan untuk memohon kejayaan dan kecemerlangan bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki Penilaian Sekolah Rendah-PSR 2010. Di majlis itu juga, Guru Besar berkesempatan untuk mengongsikan dapatan analisis pencapaian atau prestasi pelajar kepada ibubapa dan penjaga pelajar dalam Penilaian Mock 2 yang telah diadakan baru-baru ini.