2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead
LAWATAN KERJA SEKOLAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH
04 Jun 2011, Sabtu; SR Tutong Kem telah menerima Kunjungan dari rombongan Sekolah Yayasan Haji Hassanal Bolkiah yang diketuai oleh YM Cikgu Norbaini binti Hj.Abdullah Pegawai Pelajaran Kanan/Guru Besar, bersama dengan Pen.Guru Besar, Guru-Guru Kanan dan Ketua-Ketua Unit sekolah berkenaan seramai 25 orang. Semasa lawatan, Guru Besar telah memberikan taklimat Profil Sekolah dan hal-hal Pengurusan dan Pentadbiran sekolah dan seterusnya membuat lawatan kebeberapa bahagian bangunan dan bilik-bilik khas & kelas-kelas. Di sesi lawatan itu, guru-guru di kedua pihak berkesempatan untuk berinteraksi dan bertukar-tukar maklumat khasnya dalam pengajaran dan pembelajaran.
LAWATAN KERJA PEMIMPIN JAPSER BRUNEI 2A
28 Mei 2011, Sabtu; Seramai 20 orang Pemimpin-Pemimpin Sekolah Rendah JAPSER Brunei 2A bersama seorang Penyelia Daerah zon berkenaan telah mengadakan lawatan Kerja ke sekolah ini. Semasa lawatan Guru Besar sekolah ini telah menyampaikan taklimat mengenai profil dan pengurusan sekolah dan seterusnya dibawa melawat ke beberapa bahagian sekolah terutamanya di bilik-bilik khas.
ENGLISH SPELLING COMPETITION 2011
Wakil sekolah ini, Dyg.NUR AMIRAH SA'DATUL ADAWIYAH BINTI MD.DAUD telah berjaya mendapat tempat KE TIGA di pertandingan itu.
"SYABAS & TAHNIAH DIUCAPKAN"
Semoga SRTK Akan Terus Berjaya
Subscribe to:
Comments (Atom)

