2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead

Hari Brunei ku...

5mei 2011- Khamis: SRTK membuka lembaran baru dalam program Tahunan Akademik dengan mengadakan Program Pendidikan berintegrasi (PPi) dimana tahun ini ianya dimulakan dengan subjek Am seperti subjek MIB, Social Studies, Seni Kreatif dan Lukisan. Diselitkan juga Kuiz kenegaraan dikelolakan oleh unit Bahasa Melayu.

Tema bagi PPi adalah 'Cintai dan Kenali Negara- Hari Bruneiku. Diantara aktiviti-aktiviti dalam program ini  adalah persembahan Tarian Asli Brunei, Persembahan Pakaian Asli Puak Brunei, bengkel dan tunjuk cara memasang dastar, demonstrasi permainan Tradisi Brunei ( permainan pasang dan tinting) dan tunjukcara memasak makanan tradisi Brunei ( kuih cacap dan membungkus kelupis dan wajid).
Acara kemuncak adalah pertunjukan Adat perkahwinan Tradisi Brunei ( Malam Berbedak) dengan mengenakan pakaian persandingan Brunei dan juga acara berbasuh kaki ( Adat persandingan masyarakat Tutong).


Disetiap persembahan, demonstrasi atau tunjukcara disusuli dengan soalan yang berkaitan. Kesemua pelajar disediakan kertas soalan untuk dijawab mengikut peringkat kelas masing-masing.