Rabu, 24 Ogos 2011; Satu Sesi Muzakarah Ibubapa/Penjaga Pelajar Tahun 6 bersama pihak sekolah telah diadakan. Antara lain tujuan sesi berkenaan diadakan adalah untuk mengongsikan sedikit sebanyak dapatan laporan akademik pelajar khasnya daripada Penilaian Mock I bagi persediaan PSR 2011.
Di sesi berkenaan juga diselajurkan dengan Sesi Kongsisama Motivasi & Konsultasi yang disampaikan oleh YM Cikgu Hj.Shadani bin Hj.Asmat, Pegawai Kaunseling di Bahagian Kaunseling & Kerjaya, Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan.