2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead

SUMBANGAN UNTUK PUSAT GALERI ASEAN SEKOLAH




Pusat Galeri ASEAN SR Tutong Kem baru-baru ini menerima sumbangan bahan-bahan kraftangan & kebudayaan daripada ibubapa, guru-guru dan kakitangan sekolah. Bahan-bahan seperti model pertukangan tangan; bakul, nyiru, bayong, tekiding, buku dan majalah dari berbagai negera ASEAN juga diterima sebagai bahan rujukan dan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang berkenaan di atas sumbangan yang diberikan.

KE ARAH BILIK PERPUSTAKAAN SEKOLAH SPN 21




Bilik Perpustakaan SR Tutong Kem yang kini dalam penyiapan setelah diubahsuai struktur dalaman yang berkonsepkan keceriaan dan mesra pengguna. Prospek perustakaan sekolah ini juga adalah sebagai Pusat Pengetahuan dan Pembelajaran [Knowledge & Learning Centre]. Pada masa ini Bilik Taklimat Khas digunakan sebagai bilik perpustakaan buat sementara waktu.

Informasi akan dimuatkan setelah kerja-kerja pemindahan buku-buku ke pusat berkenaan siap sepenuhnya awal bulan Ogos 2010.

SMK-SEKOLAH MEMPROMOSIKAN KESIHATAN






Salah satu program tahunan sepertimana dalam Rancangan Tindakan Sekolah Tahun 2010 dengan menyokong saranan Kementerian Pendidikan untuk mewujudkan Warga Sekolah yang sihat. Di antara aktiviti SMK 2010 sekolah ialah Program 5 Minit Info di mana setiap guru akan menyampaikan satu tajuk khas mengenai kesihatan. Aktiviti berkenaan telah bermula pada bulan Julai dan akan diadakan sekali seminggu dengan tajuk yang berlainan dengan penglibatan pelajar adalah diutamakan.

PROGRAM KEMAHIRAN BERFIKIR 2010





Julai 2010: Program Kemahiran Berfikir adalah salah satu Program Tahunan KOMITI AKADEMIK Sekolah yang merupakan satu strategi 'nilai tambah' kepada perkembangan mental pelajar. Beberapa aktiviti telah disediakan yang menduga fikiran pelajar di samping penyediaan sudut aktiviti.

KEJAYAAN PELAJAR DALAM KEJOHANAN OLAHRAGA 2010


Dalam Kejohanan Olahraga bagi Sekolah-Sekolah Rendah Tutong I yang lalu, 3 orang pelajar dari sekolah ini telah meraih 2 Pingat Emas dan 1 Pingat Perak. Syabas & Tahniah di atas kejayaan mereka serta setingi-tinggi penghargaan kepada Guru Pengawas.

SEKITAR PROGRAM BULAN ETOS S.M.I.L.E. 2010






S.M.I.L.E. : Study Smart Manners Involve everyone Learning Efforts. Semua pihak adalah contoh kepada semua pelajar untuk meminati membaca dan mengamalkan disiplin yang terpuji.

PROGRAM S.M.I.L.E. Ethos Month






Bulan Ethos S.M.I.L.E. [Julai & Ogos] yang menjurus kepada dua perkara yang hendak dipertingkatkan iaitu:
1. Kesedaran untuk membaca buku di mana-mana dan pada bila-bila waktu saja.
2. Membudayakan pelajar untuk sentiasa berdisiplin atau bersopan-santun pada setiap
masa dan di mana saja sebagai asas untuk berjaya.
Tema bagi program berkenaan ialah: GENERASI PENCINTA BUKU dan BERDISIPLIN ASAS KEJAYAANPelancaran program tersebut telah dilaksanakan pada 26 Julai 2010. Semua warga sekolah terlibat dalam program berkenaan termasuk kakitangan dan beberapa orang ibubapa pelajar juga hadir dan menjadi contoh atau 'role model' kepada semua pelajar.

SENAMROBIK+SUKAN RIA SEKOLAH




Acara sukan Senamrobik bagi semua warga sekolah dan Ibubapa/Penjaga Pelajar juga di selajurkan acara Mini SukanRia bagi Ibubapa telah diadakan pada 03 Jun 2010 yang lalu. Acara berkenaan adalah Program Tahunan Aktiviti Kokurikulum Sekolah yang disokong juga dengan kerjasama Persatuan Ibubapa Guru [PIBG] SR Tutong Kem. Acara tersebut mendapat sambutan hangat khasnya daripada pihak ibubapa/penjaga pelajar yang sama-sama menjayakan acara tersebut.


Kepada semua Ibubapa & Penjaga Pelajar; Terima kasih di atas sokongan biskita.

KURSUS SCHOOL LEADERSHIP PROGRAM 2010

Kumpulan SLP Team dari SR Tutong Kem [Cohort Pertama] di antara peserta yang mengikuti kursus berkenaan di Institute of Inovation & Advancement Universiti Brunei Darussalam. Program berkenaan telah berakhir pada 12 Julai 2010 dengan Sesi Penyampaian Sijil kepada semua peserta sebaik sahaja kursus berkenaan berakhir.

KAWASAN PERKUMPULAN PAGI: WAJAH BARU




Kawasan Perkumpulan Pagi SR Tutong Kem kini berwajah baru. Tempat berkenaan kini boleh digunakan untuk berbagai aktiviti dan boleh dikatakan sebagai Kawasan Serbaguna. Nilai-nilai Murni Sekolah juga tertulis di atas lantai kawasan berkenaan; COMMITTED, SUPPORTIVE & SINCERE. Pada bahagian lain kawasan berkenaan juga tertulis; MY SCHOOL MY HOPE, moto bagi semua pelajar.

AKTIVITI ROHANI MINGGUAN: MEMBACA SURAH YASSIN & TAHLIL




Diadakan sekali seminggu sebagai salah satu aktiviti Keugamaan Sekolah ini. Ianya bertujuan untuk membentuk dan menanam Rohani dan Sahsiah Pelajar yang Mulia serta untuk mendekatkan lagi diri kepada Allah Taala yang memberi segala Rahmat- Keselamatan, Kesejahteraan, Kesihatan dan Kecemerlangan.

ALP PROJECT-BEST PRACTICE: SING MULTIPLICATION SONGS


Salah satu aktiviti Projek Action Learning Prohram bagi Best Practice di sekolah telah dilaksana dan dimulakn pada awal Jun 2010. Semua peringkat pelajar terlibat dengan menyanyikan lagu Sifir sebagai satu langkah untuk pelajar agar TAHU, FAHAM dan INGAT akan sifir. Aktiviti dijalankan adalah sebagai salah-satu Nilai-Tambah kepada pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.

ACTION LEARNING PROGRAM - 2nd School-Based Workshop Quality Cascade Teaching 03 Jun 2010





Goals for The Workshop
1. Reviewing & Reporting Tasks or Projects
2. To Improve Team Process
3. Ideas for Accelerating Project Work
4. Implementation of New School Best Practice

Other agendas: all about Operating Mechanisms, 9 Cell Metrix, Political Map, Ideas for the next Strategic School Initiatives.