2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead

2 PELAJAR SR TUTONG KEM MERAIH KEJAYAAN DI 'INTERNATIONAL PEACE DAY BRUNEI QUEST 2010


19 September 2010, Ahad, Bertempat di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, Kampung Anggrek Desa; Dua orang pelajar Tunas Puteri daripada 3 orang wakil sekolah ini setelah pusingan ke dua dijalankan pada 5 September lalu telah terpilih ke pusingan akhir Brunei Quest meraih kejayaan dengan menduduki tempat Ke Dua dan Ke Tiga dalam acara berkumpulan bersama Pelajar Pandu Puteri. Syabas & Tahniah di atas kejayaan cemerlang dalam acara berkenaan dari semua warga sekolah SR Tutong Kem Tutong I.

TIGA PELAJAR SR TUTONG KEM DI ANTARA 'TOP TEN' TUNAS PUTERI




Dua daripada tiga orang pelajar sekolah ini adalah di antara 5 orang pelajar Tunas Puteri dan lima orang pelajar Pandu Puteri yang berjaya terpilih dan memasuki ke peringkat akhir bagi acara INTERNATIONAL PEACE DAY BRUNEI QUEST 2010 setelah menjalani pusingan separuh akhir. Acara tersebut telah dianjurkan oleh Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam sempena Hari Kedamaian 2010. Di majlis berkenaan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah berkenan menganugerahkan kepada pemenang-pemenang.

SARINGAN INTERNATIONAL PEACE DAY BRUNEI QUEST 2010
















29 Ogos 2010, SR Tutong Kem terpilih menjadi tuan rumah bagi salah satu acara Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam iaitu sebagai Pusat Ujian bertulis International Peace Day Brunei Quest Tahun 2010.





Sesi saringan pertama berkenaan adalah bagi dua kategori yang terdiri daripada pelajar Pandu Puteri dan Pelajar Tunas Puteri bagi beberapa buah sekolah menengah dan rendah di Daerah Tutong. Enam orang Pelajar Tunas Puteri dari sekolah ini menyertai acara berkenaan.