2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead
Showing posts with label Nur Rahmat. Show all posts
Showing posts with label Nur Rahmat. Show all posts

TAKZIAH dan Alfatihah.




Semua Warga Sekolah ingin merakamkan sekalung takziah buat keluarga Allahyarham Cikgu Ibrahim Bin Hj. Abd.Rahman, Pengarah Sekolah-Sekolah, Jabatan Sekolah-Sekolah Kementerian Pendidikan, Negara Brunei Darussalam yang telah kembali ke Rahmatullah pada 29 Jun 2011. Satu majlis khas membaca Surah Yassin dan Bertahlil bagi Allahyarham telah diadakan di Dewan SR Tutong Kem memohon Semoga roh Allhayarham dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman, beramal soleh dan golongan ahli Syurga...Amin, Amin, Amin Ya Rabbal 'Alamin. Alfatihah.


"Jasa Allahyarham Akan Sentiasa Dikenang"

TAKZIAH dan Alfatihah

23 september 2010, Khamis- SRTK telah mengadakan bacaan Yaasin dan tahlil sempena Hari Guru. Dikesempatan ini juga, warga sekolah mengucapkan takziah dan mendoakan semoga pemergian kerahmatullah bapa kepada cikgu Kaimah bte Mohd Taib dicucuri rahmat dan ditempatkan kedalam golongan orang-orang yang beriman.
Alfatihah. 

MAJLIS BERSEMBAHYANG SUNAT HAJAT & MEMBACA SURAH YASIN







Isnin, 30 Ogos 2010; Satu majlis Bersembahyang Sunat Hajat dan Membaca Surah Yasin telah diadakan di sekolah ini. Majlis berkenaan yang dianjurkan bersama oleh pihak sekolah dan Persatuan Ibubapa Guru sekolah ini, adalah bertujuan untuk memohon kejayaan dan kecemerlangan bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki Penilaian Sekolah Rendah-PSR 2010. Di majlis itu juga, Guru Besar berkesempatan untuk mengongsikan dapatan analisis pencapaian atau prestasi pelajar kepada ibubapa dan penjaga pelajar dalam Penilaian Mock 2 yang telah diadakan baru-baru ini.

AKTIVITI GURU & KAKITANGAN DI BULAN RAMADAN













Bulan Ramadan Bulan Mubarak, bulan yang sering dinantikan kedatangannya kerana keistimewaan dan kelebihan yang ada di dalamnya.

Satu sesi memulakan bacaan ayat-ayat suci Al Qur'an di Surau SR Tutong Kem bagi 23 orang guru dan kakitangan sekolah ini secara muratal telah diadakan. Program tersebut adalah atas inisiatif kedua-dua sekolah sesi sekolah pagi dan sesi ugama petang sepertimana yang dirancang.
Kepada Semua Diucapkan;
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN & SELAMAT BERPUASA