Isnin, 30 Ogos 2010; Satu majlis Bersembahyang Sunat Hajat dan Membaca Surah Yasin telah diadakan di sekolah ini. Majlis berkenaan yang dianjurkan bersama oleh pihak sekolah dan Persatuan Ibubapa Guru sekolah ini, adalah bertujuan untuk memohon kejayaan dan kecemerlangan bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki Penilaian Sekolah Rendah-PSR 2010. Di majlis itu juga, Guru Besar berkesempatan untuk mengongsikan dapatan analisis pencapaian atau prestasi pelajar kepada ibubapa dan penjaga pelajar dalam Penilaian Mock 2 yang telah diadakan baru-baru ini.
2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead
AKTIVITI GURU & KAKITANGAN DI BULAN RAMADAN
Bulan Ramadan Bulan Mubarak, bulan yang sering dinantikan kedatangannya kerana keistimewaan dan kelebihan yang ada di dalamnya.
Satu sesi memulakan bacaan ayat-ayat suci Al Qur'an di Surau SR Tutong Kem bagi 23 orang guru dan kakitangan sekolah ini secara muratal telah diadakan. Program tersebut adalah atas inisiatif kedua-dua sekolah sesi sekolah pagi dan sesi ugama petang sepertimana yang dirancang.
Kepada Semua Diucapkan;
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN & SELAMAT BERPUASA
SESI MUZAKARAH TAHUNAN
KEMPEN KESEDARAN ANTI DADAH
Julai 2010; SR Tutong Kem menerima kunjungan dari Guru-Guru Pengawas & Pelajar-Pelajar SM Muda Hashim Tutong sempena projek mereka dalam memberi kesedaran bahaya DADAH khasnya kepada pelajar. Pelajar sekolah ini juga mendengar saranan dan maklumat mengenainya disampaikan oleh Guru pengawas dan beberapa orang pelajar sekolah berkenaan. Pihak sekolah juga menerima leaflet maklumat bahaya dadah.
WAKAF UNTUK SURAU SR TUTONG KEM
05 Ogos 2010 Khamis: Sebelum aktiviti mingguan Membaca Surah Yasin dan Tahlil, satu sesi penyampaian wakaf telah diadakan di Surau sekolah ini. Pihak sekolah menerima sejumlah Buku Yasin & Tahlil daripada hamba Allah yang disampai-wakilkan oleh Ustaz Zulmiefaizal Abdullah kepada Guru Besar sekolah ini.
Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih di atas sumbangan berkenaan, semoga pihak berkenaan mendapat keberkatan dan rahmat dari ALLAH Ta'ala jua. Amin.
Aktiviti Rengangan pagi dan 'brisk walk' SRTK
LAWATAN DAN MENYERTAI AKTIVITI DI HARI TERBUKA SEMPENA 20 TAHUN MA'HAD ISLAM BRUNEI 2010
Khamis, 5hb Ogos 2010- Sekumpulan Pelajar Kelas Tahun 4B (seramai 15 orang) telah diberi peluang untuk menyertai lawatan serta aktiviti di hari terbuka sempena 20 tahun Mah'ad Islam Brunei. Sesi lawatan ini diawasi oleh cikgu Abas dan Cikgu Al-Sufri.
Mereka juga berpeluang untuk menyaksikan pameran- pameran dan fun-fair.
Salah satu aktiviti yang disertai adalah permainan cerdas minda.
LAWATAN KERJA UNIT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SR Tutong Kem 02 Ogos; Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang di ketuai oleh Dr.Hjh.Asmah Binti Morni bersama Pegawai-Pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong telah membuat lawatan kerja untuk meninjau bahagian Pra sekolah ini. Beberapa perkara telah dikongsisama sepanjang lawatan berkenaan dan di akhir sesi perjumpaan bersama dengan pihak pentadbiran sekolah.
SMILE ETHOS MONTH CONTINUES..
Another VAP (Value Added Program) organized by Academic Unit is "Reading Here and There". The program is also part of the SMILE Ethos Month activity.
To support the activity, SRTK has maximized the number of reading spots around the school area. The objectives of the activity are to promote reading culture among students during their free time (early in the morning, during break time and in the afternoon before Ugama classes start.); and to increase the sense of love reading
Until now, there are more than 10 reading spots are being set up and more to come.
Subscribe to:
Comments (Atom)

