2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead

MAJLIS PERPISAHAN & PENGHARGAAN WARGA SEKOLAH












Majlis Perpisahan telah diadakan bagi meraikan empat orang guru yang telah berpindah termasuk Cikgu Hazibah yang telah dilantik menjadi Guru Besar SR Bukit Panggal. Majlis tersebut juga diselajurkan dengan SESI PENGHARGAAN WARGA SEKOLAH [Guru & Kakitangan] di atas segala sumbangan, sokongan dan kerjasama yang telah diberikan bagi kemajuan pelajar & sekolah secara amnya di sepanjang Tahun 2010.

SEKALONG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH DIUCAPKAN

Program Budaya Membaca + PIP SRTK

'BACA BIJAK, MINDA CERDAS'- ini adalah moto SRTK dalam program Budaya Membaca. Program ini dijalankan setiap hari yang diselajurkan terus dengan program PIP ( program Intervensi dan Pemulihan) yang melibatkan semua pelajar termasuk pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam bacaan ( literasi). Program ini adalah kesinambungan daripada program sekolah 2010 yang dirasakan membawa impak positif kepada pelajar-pelajar terutamanya bilangan buku yang dibaca pelajar dalam seminggu meningkat dari minggu ke minggu.
Tahun ini, SRTK akan berusaha mempelbagaikan lagi program budaya membaca dengan kemahiran nilai tambah yang lain seperti kemahiran berfikir dan kemahiran berkomunikasi.

program numerasi SRTK bermula

20 soalan setiap operasi hendaklah dijawab dalam masa 2 minit.
Program numerasi SRTK telah pun bermula dengan sesi PRETEST SPEED BASIC OPERATIONS (SBO) yang menekankan kemahiran murid-murid dalam menjawab 4 operasi mudah dengan cepat dan tepat. PRETEST ini dijalankan untuk dijadikan baseline data pihak sekolah untuk merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti kemahiran numerasi yang lain seperti 'problem solving' untuk pelajar-pelajar mengikut kumpulan tahap kemampuan mereka.