2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead
Showing posts with label lawatan kerja. Show all posts
Showing posts with label lawatan kerja. Show all posts

ROMBONGAN LAWATAN KERJA PROFESIONAL











18 Februari 2012, Sabtu; SR Tutong Kem telah menerima satu rombongan lawatan kerja seramai 66 orang yang terdiri daripada Penolong-Penolong Guru Besar, Guru-Guru Kanan dan Komiti Perkembangan Profesional serta Guru-Guru ICT Sekolah-Sekolah Rendah Zon Brunei 2B yang diketuai oleh Cikgu Dk.Normawati binti Pg.Hj.Ibrahim, Pen.Guru Besar SR Kapok. Sesi berkenaan telah dimulakan dengan sesi Taklimat dan seterusnya lawatan ke beberapa bilik khas dan sekitar sekolah.


SEKALONG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH
DI ATAS KUNJUNGAN BISKITA

LAWATAN KERJA JAPSER BRU I KE SRTK

Rabu, 27hb April 2011- SRTK menerima lawatan daripada rombongan Pemimpin-pemimpin Sekolah Rendah Kawasan Brunei 1, Guru-Guru Kanan & Guru-Guru Prasekolah seramai 49 orang. Rombongan lawatan ini diketuai oleh Pengerusi JAPSER BRUNEI I , YM Cikgu Md.Yusof bin Hj.Mat Rais, Guru Besar SR Mabohai.

Dalam sesi lawatan ini, rombongan pelawat telah diberi taklimat dan kongsisama mengenai Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah yang disampaikan oleh Guru Besar SRTK, Cikgu Omar Ali bin Hj Mohd Tahir. Tahniah GB!.

Selesai saja taklimat, rombongan pelawat telah dibawa melawat bilik-bilik khas yang terdapat di sekolah termasuk Bilik Matematik, Bilik Pendidikan Khas, Bilik Sains, Bilik Kreativiti & Interaktif Pelajar, Billik Kaunseling, Bilik Lukisan & Seni Kreatif dan juga blok Pra yang telah diusahakan oleh guru-guru SRTK.

Warga SRTK berbesar hati menerima rombongan lawatan daripada pemimpin-pemimpin JAPSER Brunei 1 bersama Guru-Guru Kanan & Prasekolah, di samping dapat berkenal-kenalan dan bertukar tukar idea dan pendapat.

















GB memberi taklimat kepada rombongan pelawat mengenai pengurusan dan pentadbiran Sekolah







E@TC mini shop









SENA ROOM







SCIENCE ROOM







BILIK AKTIVITI MURID,KAUNSELING & BIMBINGAN







GALERI BILIK SENI KREATIF







SESI PENYERAHAN CENDERAHATI KENANGAN DARI SRTK







UCAPAN DARIPADA KETUA ROMBONGAN







Antara GB, PGB & Guru-Guru Kanan serta Pra Brunei I







MENERIMA CENDERAHATI dari PENGERUSI JAPSER BRUNEI I
JAPSER BRU 1---- You are the best! Thank you for visiting us.
sila layari juga http://japserbrunei1.blogspot.com/

Lawatan kerja Pmk PP (R) ke SRTK

SRTK amat berbesar hati menerima  lawatan Pmk PP ( R) - Hj Zulkifli bin Hj Ladis  bersama PK( R) cikgu Hj Abd Rahman Hj Jumat ke Sekolah kami.  
Antara tujuan lawatan adalah untuk melihat perjalanan dan perkembangan sekolah .
Pihak sekolah mengucapkan ribuan Terima Kasih diatas lawatan tersebut.

PERJUMPAAN PPKD BERSAMA PELAJAR TAHUN 6




27 september 2010, Isnin - Pelajar Tahun 6 berbesar hati menerima kunjungan Pegawai Pelajaran Kanan Daerah  Cikgu Hj Mohd Hasuani bin Hj Kadir  dan seterusnya mereka mendengar kata-kata nasihat, motivasi dan tips persiapan sebelum menduduki peperiksaan Penilaian Sekolah Rendah ( PSR 2010)  yang disampaikan oleh beliau.

Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran, dan keperihatinan  dan sokongan padu beliau terhadap perkembangan dan kemajuan akademik pelajar-pelajar SRTK.

LAWATAN KERJA UNIT PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK






SR Tutong Kem 02 Ogos; Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang di ketuai oleh Dr.Hjh.Asmah Binti Morni bersama Pegawai-Pegawai dari Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong telah membuat lawatan kerja untuk meninjau bahagian Pra sekolah ini. Beberapa perkara telah dikongsisama sepanjang lawatan berkenaan dan di akhir sesi perjumpaan bersama dengan pihak pentadbiran sekolah.