2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead

FUN SCIENCE FAMILY RUN +C.O.P





Aktiviti 'SRTK FUN SCIENCE FAMILY RUN +C.O.P ' telah diadakan 14hb Nov 2012 yang lalu. Seramai 22 kumpulan menyertai aktiviti ini yang terdiri daripada ibu,bapa/ penjaga murid dan murid-murid SRTK. Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SRTK dan disusuli dengan penyampaian siil penyertaan Aktiviti ini.
Aktiviti ini adalah salah satu aktiviti yang termasuk didalam program unit Science dan juga program Community Outreach Prog SRTK Sept-Nov 2012.  
Aktiviti ini diharap dapat memberi pengetahuan kepada ibu,bapa dan penjaga murid mengenai kaedah pembelajaran subjek Science yang telah dibuat di sekolah dan seterusnya menimba pengalaman dalam mengikuti aktiviti tersebut dalam menyelesaikan masalah, bekerja secara berkumpulan,  bersaing secara sihat diantara kumpulan dan mempelajari science dengan seronok dan senang.
















LAWATAN KERJA PROFESIONAL GURU-GURU SR SINAUT KE SRTK

SRTK, 08 Mei 2012;  Pihak sekolah telah menerima Lawatan Perkembangan Profesional daripada Guru-Guru & Kakitangan SR Sinaut Tutong I seramai 17 orang yang diketuai oleh Cikgu Serimemi Fauziahwati binti Hj.Akif, Guru Kanan Pentadbiran I.


 



TERIMA KASIH DI ATAS LAWATAN BERKENAAN,
SEMOGA MENCAPAI OBJEKTIF LAWATAN BISCIKGU.

ROMBONGAN LAWATAN PENANDA ARAS MAJLIS GURU-GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN DAERAH KULAIJAYA, JOHOR

SRTK 23 April 2012; SR Tutong Kem Tutong I telah menerima satu kunjungan Lawatan Penanda Aras dari Majlis Guru Besar Sekolah Kebangsaan Daerah Kulaijaya Johor Malaysia seramai 25 orang yang diketuai oleh YM  Datin Hjh.Hasnah binti Md Sem, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya Johor Malaysia. 
Dalam lawatan berkenaan, pengunjung telah diberi sesi taklimat rengkas oleh Guru Besar SR Tutong Kem hal-hal profil dan program-program sekolah serta sedikit maklumat pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Antara maklumat yang dikongsisama ialah perlaksanaan program sekolah yang selari dengan kehendak Sistem Pendidikan Negara Abad Ke 21 yang telah diimplimentasi sejak tahun 2009 dan selaras dengan Misi dan Visi Kementerian Pendidikan seperti mana dalam perlaksanaan Pelan Strategik 2007-2011.

Sesi Fotografi Staf SRTK bersama Guru-Guru Besar Daerah Kulaijaya Johor Malaysia

Sesi Fotografi JAPSER Tutong I bersama Pelawat Johor Malaysia
















DIUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN BERKENAAN. 

Lawatan Kerja Ke SRTK

SRTK, 21 April 2012;  SRTK menerima Lawatan Kerja Pmk.Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan [Bahagian Pendidikan Rendah]. Turut sama dalam lawatan berkenaan ialah Pmk.Penolong Pengarah [Rendah], dan beberapa orang Pegawai di Jabatan Sekolah-Sekolah Daerah Tutong.



DIUCAPKAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH
DI ATAS KUNJUNGAN BERKENAAN.

PERADUAN AZAN SUBUH DAN DOANYA SERTA MENGHAFAZ AYAT-AYAT LAZIM BG SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH TUTONG 1











SRTK, 12 Mei 2012; SR Tutong Kem telah mengendalikan Peraduan Azan Subuh & Menghafaz Ayat-Ayat Lazim bagi Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan & Pendidikan Swasta Zon Tutong I. Tetamu Kehormat di majlis peraduan berkenaan, YM Cikgu Hj.Suhaili bin Hj.Jaafar, Pen.Pegawai Pelajar Kanan Daerah Tutong I juga telah berkesudian untuk menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang dan sijil-sijil penyertaan.

ROMBONGAN LAWATAN KERJA PROFESIONAL











18 Februari 2012, Sabtu; SR Tutong Kem telah menerima satu rombongan lawatan kerja seramai 66 orang yang terdiri daripada Penolong-Penolong Guru Besar, Guru-Guru Kanan dan Komiti Perkembangan Profesional serta Guru-Guru ICT Sekolah-Sekolah Rendah Zon Brunei 2B yang diketuai oleh Cikgu Dk.Normawati binti Pg.Hj.Ibrahim, Pen.Guru Besar SR Kapok. Sesi berkenaan telah dimulakan dengan sesi Taklimat dan seterusnya lawatan ke beberapa bilik khas dan sekitar sekolah.


SEKALONG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH
DI ATAS KUNJUNGAN BISKITA