2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead

CENTENARY BROWNIE CHALLENGE 2010

Dua orang pelajar Tunas Puteri & Pemimpin Pandu Puteri dari SR Tutong Kem Tutong I bersama Guru Besar sebelum berlepas ke Kuala Lumpur
15 Disember 2010, Rabu; Dua orang pelajar Tunas Puteri dari SR Tutong Kem Tutong I adalah antara 12 pelajar Tunas Puteri dan Pandu Puteri bersama 4 Pemimpin Pandu Puteri yang berlepas ke Kuala Lumpur Malaysia bagi menyertai acara Centenary Brownie Challenge Malaysia 2010. Beberapa aktiviti Pandu Puteri akan diadakan termasuk persembahan kebudayaan, 'jungle trekking' dan lawatan di sepanjang 5 hari acara berkenaan.

Tahniah kepada pelajar-pelajar berkenaan & semoga berjaya.

SESI PROFESIONAL GURU BARU

01 Disember 2010, Rabu; Satu sesi Profesional & Suai Kenal bagi empat orang guru baru termasuk seorang Guru Relif Unit Pendidikan Khas telah diadakan dengan tujuan memberi beberapa maklumat hal ehwal sekolah. Antara perkara yang disampaikan ialah; Profil Sekolah, Agenda atau Program Utama Sekolah khasnya Akademik & Kokurikulum di samping beberapa perkara lain yang berkisar tentang Etika Kerja & Perlaksanaan Tugas & Tanggungjawab bagi Tahun 2011.

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR TERBAIK 2010

SEKITAR KECERIAAN MAJLIS





Antara Persembahan Kreativiti Pelajar
Pelajar Pra dengan Aksi Pakaian berbagai Bangsa


29 November 2010, Isnin; Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Terbaik Tahun 2010 telah diadakan di Dewan SR Tutong Kem dengan Tetamu Kehormat Pegawai Pemerintah Bn2 Perkhemahan Tutong Kem. Antara aturcara di majlis berkenaan seperti; Ucapan Pengerusi Majlis Guru Besar SR Tutong, Ucapan Tetamu Kehormat, persembahan pentas oleh pelajar-pelajar dan penyempaian Hadiah kepada pelajar terbaik Akademik & PSR serta acara khas ibubapa pelajar.