2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead

SEKITAR USAHASAMA DALAM 'SCHOOL+COMMUNITY SERVICES PROGRAM"





ACARA "SCHOOL+COMMUNITY SERVICES PROGRAM"











Khamis, 17 Mac 2011; [Seblum cuti Persekolahan Penggal I bermula] satu acara di bawah program- School+Community Services & Partnership Program telah diadakan dengan kerjasama Pasukan Serunai & Tambur Bn2 TDDB Perkhemahan Tutong yang diketuai oleh SSJN Mezlan Abd.Halim sebagai ketua Platun. Di antara acara yang diadakan ialah Persembahan Permainan Serunai & Tambur, Nyanyian Koir Pelajar-Pelajar yang telah dibimbing oleh pasukan berkenaan dengan lagu-lagu Tradisional dan Asli Brunei serta Pameran Pendidikan bagi peralatan musik yang digunakan oleh Pasukan berkenaan. Dalam ucapan Guru Besar mengenai tujuan acara tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kerjasama agensi luar sekolah dalam perkembangan pendidikan dan kemahiran asas pelajar. Unsur-unsur nilai yang dapat ditanam dan diperkembangkan ialah sikap menghargai, empati, menyayangi, berkeyakinan, bersaingan dan proaktif. Menurut beliau bahawa program berkenaan telahpun dilaksanakan pada tahun lepas dengan beberapa agensi luar sekolah di bawah program PledgeFor Nature & Community Services Program 2010.

SELAMAT BERCUTI PENGGAL 1

KEPADA SEMUA GURU-GURU, KAKITANGAN & PELAJAR
[Cuti Penggal I bermula 18 Mac hingga 27 Mac 2011]
Pesanan kepada Pelajar:
Sambil Berehat di mana saja, jangan lupa mengulangkaji & membaca buku serta membuat kerja rumah.
Semoga berada dalam keadaan sihat ceria dan sejahtera selalu.
Pesanan kepada Ibubapa & Penjaga Pelajar
SR Tutong Kem Tutong I:
Dipohonkan memberikan bimbingan dan galakan untuk terus belajar dan mengulangkaji demi kejayaan dan kecemerlangan anak-anak biskita.
GURU BESAR
SR Tutong Kem Tutong I
17 Mac 2011

Sesi pembentangan bagi persiapan PSR 2011

9hb Mac - Satu sesi pembentagan persiapan PSR 2011 bagi sekolah-sekolah Rendah zon Tutong 1 telah diadakan bertempat di SR PDN PJ Sengkarai, Tutong 1. Sesi pembentangan ini dihadiri oleh 
Pmk PP (R), Pmk Zon1, PP ( R) , GB dan PGB serta Guru-Guru Tahun 6.



Team Yr6 Teachers SRTK tidak ketingalan untuk menyertai dan membentangkan rancangan persiapan PSR 2011. Pembentangan disampaikan oleh Cikgu Zarina Ajak.
Cikgu Lulita Hj Hashim (SRTK) dilantik untuk mengacarakan sesi pembentangan pada petang itu.
Tahniah cikgu Lita..

Congratulations! Tahniah! kepada Cikgu Zarina diatas pembentangan yang jelas, teratur dan difahami. Keep it up!

Lawatan kerja Pmk PP (R) ke SRTK

SRTK amat berbesar hati menerima  lawatan Pmk PP ( R) - Hj Zulkifli bin Hj Ladis  bersama PK( R) cikgu Hj Abd Rahman Hj Jumat ke Sekolah kami.  
Antara tujuan lawatan adalah untuk melihat perjalanan dan perkembangan sekolah .
Pihak sekolah mengucapkan ribuan Terima Kasih diatas lawatan tersebut.

Pusingan akhir Kejohanan Badminton Sekolah-Sekolah Rendah Tutong 1

9hb Mac 2011- Rabu : Pusingan Akhir Kejohanan Badminton Sekolah-sekolah Rendah Tutong 1
anjuran Bahagian ko-kurikulum daerah Tutong

Suasana sekitar kejohanan tersebut 
wakil SRTK (bergu perempuan)  
Vs. Sekolah Rendah Lamunin.
Perlawanan pusingan akhir ini dimenangi oleh SR Lamunin. Tahniah!
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang kejohanan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh  Cikgu Hj Shuani bin Hj Kadir- Pemangku Penolong Pengarah Zone 1.
Tahniah kepada pemenang-pemenang. Terima kasih diatas sokongan padu yang diberikan daripada  JPKK Tutong, Jab.Belia dan Sukan Daerah Tutong, dan semua AJK SRTK