2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead

ROMBONGAN LAWATAN KERJA PROFESIONAL











18 Februari 2012, Sabtu; SR Tutong Kem telah menerima satu rombongan lawatan kerja seramai 66 orang yang terdiri daripada Penolong-Penolong Guru Besar, Guru-Guru Kanan dan Komiti Perkembangan Profesional serta Guru-Guru ICT Sekolah-Sekolah Rendah Zon Brunei 2B yang diketuai oleh Cikgu Dk.Normawati binti Pg.Hj.Ibrahim, Pen.Guru Besar SR Kapok. Sesi berkenaan telah dimulakan dengan sesi Taklimat dan seterusnya lawatan ke beberapa bilik khas dan sekitar sekolah.


SEKALONG PENGHARGAAN & TERIMA KASIH
DI ATAS KUNJUNGAN BISKITA

NEGARAKU BRUNEI DARUSSALAM











16 Februari 2012, Khamis; Satu sesi pengagihan bendera kecil SR Tutong Kem telah diadakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 28.


SELAMAT HARI KEBANGSAAN
SEMOGA SENTIASA MAJU & SEJAHTERA

SALAM MAULIDUR RASUL

Pelajar yang diraikan sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433/2012





09 Februari 2012, Khamis: Sambutan Maulidur Rasul 1433/2012 SR Tutong Kem telah diadakan yang juga diselajurkan untuk meraikan seorang pelajar Tahun 4 yang telah memeluk ugama Islam dan Kesyukuran bagi seorang Pelajar Cemerlang 2011 [tahun 4] dan 5 orang Pelajar Cemerlang PSR 2011. Di sepanjang majlis itu juga telah diiringi dengan dikir Marhaban yang dibawa oleh Kumpulan dikir SRTK. Di majlis berkenaan telah diserikan dengan kehadiran Tetamu Khas YM Cikgu Masni binti Abd.Rahman, Penyelia Kanan Sekolah-Sekolah Tutong I yang juga telah menyempurnakan menabur bunga rampai kepada pelajar-pelajar yang diraikan dan menyampaikan hadiah kepada peserta Peraduan Nasyid.