Program Science exploration activities- Pledge4Nature + CSP ( Community services Program) dilaratkan lagi dengan membuat lawatan dan aktiviti eksplorasi ( Topic: properties of materials) bagi murid-murid Tahun 4 di Kawasan Yayasan Sultan Haji Hasanal Bolkiah.
Dalam aktiviti eksplorasi ini, murid-murid dikehendaki membuat penelitian, memerhati dan merekod ( observation and record) mengenai penggunaan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat bangunan di Kampong Ayer, Jambatan dan juga di tebing Sungai Yayasan. Aktiviti berkumpulan ini juga memerlukan murid-murid berbincang mengenai pemilihan bahan yang digunakan untuk sebuah bangunan dan kenapa ianya digunakan (discussion on properties of materials and why they chose/used certain materials).
Selesai sahaja aktiviti itu, Murid-murid seterusnya dibawa untuk membuat kempen kebersihan disekitar kawasan. Ini adalah untuk memupuk kesedaran kepada murid tentang kebersihan alam sekitar dan juga menjadikan murid-murid sebagai seorang rakyat Brunei yang berbakti kepada Negara, Raja, Bangsa dan Agama. Aktiviti seumpama ini adalah sebahagian daripada program Pledge4nature dan program khidmat Masyarakat (community services program) yang telah dijalankan sejak tahun 2010 lagi.
Melalui respon balas murid-murid, mereka sangat gembira dan suka dengan pembelajaran di luar sekolah kerana ianya memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka. Ada diantara murid-murid yang belum pernah datang ke pusat bandar dan juga melihat sendiri kawasan Kampong Ayer.
2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead
LSB- Royal Regalia Bandar Seri Begawan
Lawatan Sambil Belajar ( LSB) bagi murid-murid dari Tahun 4A dan Tahun 4B telah menyaksikan sendiri Pameran peralatan-peralatan Kebesaran DiRaja yang terdapat didalam bangunan Royal Regalia.
LSB ini adalah sebahagian daripada aktiviti-aktiviti program pendidikan berintegrasi yang melibatkan aktiviti-aktiviti daripada subjek Matematik, subjek Science, Social Studies dan Bahasa ( Inggeris dan Melayu). Dalam Lawatan kali ini murid-murid dikehendaki menyelesaikan latihan/soalan-soalan yang diberikan yang berkaitan dengan topik yang dipelajari.
Subscribe to:
Comments (Atom)