2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead

TAKZIAH dan Alfatihah

23 september 2010, Khamis- SRTK telah mengadakan bacaan Yaasin dan tahlil sempena Hari Guru. Dikesempatan ini juga, warga sekolah mengucapkan takziah dan mendoakan semoga pemergian kerahmatullah bapa kepada cikgu Kaimah bte Mohd Taib dicucuri rahmat dan ditempatkan kedalam golongan orang-orang yang beriman.
Alfatihah. 

5 minutes for health

 day 1 
second day

brisk walk around school area

BERKUNJUNGAN DI HARI RAYA




22 September 2010; Sebahagian Guru-Guru dan kakitangan yang berkunjung ke kediaman Guru Besar sempena Aidil Fitri

2 PELAJAR SR TUTONG KEM MERAIH KEJAYAAN DI 'INTERNATIONAL PEACE DAY BRUNEI QUEST 2010


19 September 2010, Ahad, Bertempat di Ibu Pejabat Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam, Kampung Anggrek Desa; Dua orang pelajar Tunas Puteri daripada 3 orang wakil sekolah ini setelah pusingan ke dua dijalankan pada 5 September lalu telah terpilih ke pusingan akhir Brunei Quest meraih kejayaan dengan menduduki tempat Ke Dua dan Ke Tiga dalam acara berkumpulan bersama Pelajar Pandu Puteri. Syabas & Tahniah di atas kejayaan cemerlang dalam acara berkenaan dari semua warga sekolah SR Tutong Kem Tutong I.

TIGA PELAJAR SR TUTONG KEM DI ANTARA 'TOP TEN' TUNAS PUTERI




Dua daripada tiga orang pelajar sekolah ini adalah di antara 5 orang pelajar Tunas Puteri dan lima orang pelajar Pandu Puteri yang berjaya terpilih dan memasuki ke peringkat akhir bagi acara INTERNATIONAL PEACE DAY BRUNEI QUEST 2010 setelah menjalani pusingan separuh akhir. Acara tersebut telah dianjurkan oleh Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam sempena Hari Kedamaian 2010. Di majlis berkenaan YTM Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah berkenan menganugerahkan kepada pemenang-pemenang.

SARINGAN INTERNATIONAL PEACE DAY BRUNEI QUEST 2010
















29 Ogos 2010, SR Tutong Kem terpilih menjadi tuan rumah bagi salah satu acara Persatuan Pandu Puteri Negara Brunei Darussalam iaitu sebagai Pusat Ujian bertulis International Peace Day Brunei Quest Tahun 2010.





Sesi saringan pertama berkenaan adalah bagi dua kategori yang terdiri daripada pelajar Pandu Puteri dan Pelajar Tunas Puteri bagi beberapa buah sekolah menengah dan rendah di Daerah Tutong. Enam orang Pelajar Tunas Puteri dari sekolah ini menyertai acara berkenaan.

MAJLIS KHATAMAL QUR'AN
















02 September 2010, Khamis; Majlis Khatam Al Qur'an telah diadakan bagi guru-guru dan kakitangan dari gabungan Sekolah Rendah Tutong Kem dan Sekolah Ugama Tutong Kem seramai 38 orang. Acara Tersebut diadakan sempena bulan Ramadan yang mubarak di samping mempereratkan lagi kerjasama dan silaturrahim di antara kedua buah sekolah yang berlainan sesi.

SEKITAR MAJLIS KHATAMAL QUR'AN
















MAJLIS BERSEMBAHYANG SUNAT HAJAT & MEMBACA SURAH YASIN







Isnin, 30 Ogos 2010; Satu majlis Bersembahyang Sunat Hajat dan Membaca Surah Yasin telah diadakan di sekolah ini. Majlis berkenaan yang dianjurkan bersama oleh pihak sekolah dan Persatuan Ibubapa Guru sekolah ini, adalah bertujuan untuk memohon kejayaan dan kecemerlangan bagi pelajar-pelajar Tahun 6 yang akan menduduki Penilaian Sekolah Rendah-PSR 2010. Di majlis itu juga, Guru Besar berkesempatan untuk mengongsikan dapatan analisis pencapaian atau prestasi pelajar kepada ibubapa dan penjaga pelajar dalam Penilaian Mock 2 yang telah diadakan baru-baru ini.

AKTIVITI GURU & KAKITANGAN DI BULAN RAMADAN













Bulan Ramadan Bulan Mubarak, bulan yang sering dinantikan kedatangannya kerana keistimewaan dan kelebihan yang ada di dalamnya.

Satu sesi memulakan bacaan ayat-ayat suci Al Qur'an di Surau SR Tutong Kem bagi 23 orang guru dan kakitangan sekolah ini secara muratal telah diadakan. Program tersebut adalah atas inisiatif kedua-dua sekolah sesi sekolah pagi dan sesi ugama petang sepertimana yang dirancang.
Kepada Semua Diucapkan;
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN & SELAMAT BERPUASA


SESI MUZAKARAH TAHUNAN

17 Ogos 2010 Selasa; Sesi Muzakarah kali ke dua bagi perjumpaan Guru Besar dan Guru-Guru Kanan bahagian pagi bersama Guru Besar dan Guru-Guru Kanan Sekolah Ugama Tutong Kem telah diadakan dengan tujuan membincangkan beberapa pekara mengenai hal-hal pengurusan sekolah. Antara lain perbincangan diadakan ialah hal penggunaan bilik darjah dan persekitaran serta cadangan mengadakan Majlis Khatamal Qur'an secara bersama yang akan diadakan sebelum cuti persekolahan di bulan Ramadan ini.

KEMPEN KESEDARAN ANTI DADAH






Julai 2010; SR Tutong Kem menerima kunjungan dari Guru-Guru Pengawas & Pelajar-Pelajar SM Muda Hashim Tutong sempena projek mereka dalam memberi kesedaran bahaya DADAH khasnya kepada pelajar. Pelajar sekolah ini juga mendengar saranan dan maklumat mengenainya disampaikan oleh Guru pengawas dan beberapa orang pelajar sekolah berkenaan. Pihak sekolah juga menerima leaflet maklumat bahaya dadah.

WAKAF UNTUK SURAU SR TUTONG KEM


05 Ogos 2010 Khamis: Sebelum aktiviti mingguan Membaca Surah Yasin dan Tahlil, satu sesi penyampaian wakaf telah diadakan di Surau sekolah ini. Pihak sekolah menerima sejumlah Buku Yasin & Tahlil daripada hamba Allah yang disampai-wakilkan oleh Ustaz Zulmiefaizal Abdullah kepada Guru Besar sekolah ini.

Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih di atas sumbangan berkenaan, semoga pihak berkenaan mendapat keberkatan dan rahmat dari ALLAH Ta'ala jua. Amin.

Aktiviti Rengangan pagi dan 'brisk walk' SRTK



Sabtu: 7hb Ogos 2010 - Unit ko-kurikulum telah mengadakan aktiviti rengangan diwaktu pagi bermula pada sabtu minggu itu. Aktiviti ini akan dilaratkan seminggu sekali pada setiap sabtu.
Aktiviti ini diselajurkan dengan 'brisk walk' dikawasan berhampiran sekolah.

LAWATAN DAN MENYERTAI AKTIVITI DI HARI TERBUKA SEMPENA 20 TAHUN MA'HAD ISLAM BRUNEI 2010


Khamis, 5hb Ogos 2010- Sekumpulan Pelajar Kelas Tahun 4B (seramai 15 orang) telah diberi peluang untuk menyertai lawatan serta aktiviti di hari terbuka sempena 20 tahun Mah'ad Islam Brunei. Sesi lawatan ini diawasi oleh cikgu Abas dan Cikgu Al-Sufri.
Mereka juga berpeluang untuk menyaksikan pameran- pameran dan fun-fair.

Salah satu aktiviti yang disertai adalah permainan cerdas minda.