05 Ogos 2010 Khamis: Sebelum aktiviti mingguan Membaca Surah Yasin dan Tahlil, satu sesi penyampaian wakaf telah diadakan di Surau sekolah ini. Pihak sekolah menerima sejumlah Buku Yasin & Tahlil daripada hamba Allah yang disampai-wakilkan oleh Ustaz Zulmiefaizal Abdullah kepada Guru Besar sekolah ini.
Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih di atas sumbangan berkenaan, semoga pihak berkenaan mendapat keberkatan dan rahmat dari ALLAH Ta'ala jua. Amin.