Rabu, 27hb April 2011- SRTK menerima lawatan daripada rombongan Pemimpin-pemimpin Sekolah Rendah Kawasan Brunei 1, Guru-Guru Kanan & Guru-Guru Prasekolah seramai 49 orang. Rombongan lawatan ini diketuai oleh Pengerusi JAPSER BRUNEI I , YM Cikgu Md.Yusof bin Hj.Mat Rais, Guru Besar SR Mabohai.
Dalam sesi lawatan ini, rombongan pelawat telah diberi taklimat dan kongsisama mengenai Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah yang disampaikan oleh Guru Besar SRTK, Cikgu Omar Ali bin Hj Mohd Tahir. Tahniah GB!.
Selesai saja taklimat, rombongan pelawat telah dibawa melawat bilik-bilik khas yang terdapat di sekolah termasuk Bilik Matematik, Bilik Pendidikan Khas, Bilik Sains, Bilik Kreativiti & Interaktif Pelajar, Billik Kaunseling, Bilik Lukisan & Seni Kreatif dan juga blok Pra yang telah diusahakan oleh guru-guru SRTK.
Warga SRTK berbesar hati menerima rombongan lawatan daripada pemimpin-pemimpin JAPSER Brunei 1 bersama Guru-Guru Kanan & Prasekolah, di samping dapat berkenal-kenalan dan bertukar tukar idea dan pendapat.
 |
GB memberi taklimat kepada rombongan pelawat mengenai pengurusan dan pentadbiran Sekolah |
 |
E@TC mini shop |
 |
SENA ROOM |
 |
SCIENCE ROOM |
 |
BILIK AKTIVITI MURID,KAUNSELING & BIMBINGAN |
 |
GALERI BILIK SENI KREATIF |
 |
SESI PENYERAHAN CENDERAHATI KENANGAN DARI SRTK |
 |
UCAPAN DARIPADA KETUA ROMBONGAN |
 |
Antara GB, PGB & Guru-Guru Kanan serta Pra Brunei I |
 |
MENERIMA CENDERAHATI dari PENGERUSI JAPSER BRUNEI I
|
JAPSER BRU 1---- You are the best! Thank you for visiting us.
sila layari juga
http://japserbrunei1.blogspot.com/