SRTK 23 April 2012; SR Tutong Kem Tutong I telah menerima satu kunjungan Lawatan Penanda Aras dari Majlis Guru Besar Sekolah Kebangsaan Daerah Kulaijaya Johor Malaysia seramai 25 orang yang diketuai oleh YM Datin Hjh.Hasnah binti Md Sem, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya Johor Malaysia.
Dalam lawatan berkenaan, pengunjung telah diberi sesi taklimat rengkas oleh Guru Besar SR Tutong Kem hal-hal profil dan program-program sekolah serta sedikit maklumat pendidikan di Negara Brunei Darussalam. Antara maklumat yang dikongsisama ialah perlaksanaan program sekolah yang selari dengan kehendak Sistem Pendidikan Negara Abad Ke 21 yang telah diimplimentasi sejak tahun 2009 dan selaras dengan Misi dan Visi Kementerian Pendidikan seperti mana dalam perlaksanaan Pelan Strategik 2007-2011.
Sesi Fotografi Staf SRTK bersama Guru-Guru Besar Daerah Kulaijaya Johor Malaysia
Sesi Fotografi JAPSER Tutong I bersama Pelawat Johor Malaysia
DIUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN BERKENAAN.



