Khamis, 15 september 2011, Unit Subjek Am ( M.I.B, Seni lukis dan kreatif, Social Studies dan Latihan Jasmani) telah membuat pelancaran Kempen Jimat Duit ( KJD). Kempen ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar tentang kepentingan berjimat dan cara-cara yang betul menabung.
Kempen KJD ini dijalankan selama 2 bulan bermula pada 15 september 2011 sehingga 15 november 2011.
Tabung buatan buluh disediakan untuk semua pelajar dari pra hingga Tahun 3, manakala pelajar Tahun 4 dan Tahun 5 menyediakan tabung buatan mereka disendiri.
Kajiselidik juga disediakan untuk semua peringkat pelajar setiap kelas bagi mengetahui perkembangan menabung mereka di rumah, dan catatan perbelanjaan pelajar & dairi simpanan pelajar diberi untuk pelajar Tahun 4 & 5 sahaja.
Selain itu, semua pelajar dikehendaki mencantikkan tabung mereka untuk dipertandingkan dan akan dipamerkan masa majlis penutup persekolahan hujung tahun ini. Pelajar yang dapat menyimpan/menjimat nilai duit terbanyak akan diberikan hadiah insintif dari pihak sekolah.