Khamis, 17 Mac 2011; [Seblum cuti Persekolahan Penggal I bermula] satu acara di bawah program- School+Community Services & Partnership Program telah diadakan dengan kerjasama Pasukan Serunai & Tambur Bn2 TDDB Perkhemahan Tutong yang diketuai oleh SSJN Mezlan Abd.Halim sebagai ketua Platun. Di antara acara yang diadakan ialah Persembahan Permainan Serunai & Tambur, Nyanyian Koir Pelajar-Pelajar yang telah dibimbing oleh pasukan berkenaan dengan lagu-lagu Tradisional dan Asli Brunei serta Pameran Pendidikan bagi peralatan musik yang digunakan oleh Pasukan berkenaan. Dalam ucapan Guru Besar mengenai tujuan acara tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan lagi kerjasama agensi luar sekolah dalam perkembangan pendidikan dan kemahiran asas pelajar. Unsur-unsur nilai yang dapat ditanam dan diperkembangkan ialah sikap menghargai, empati, menyayangi, berkeyakinan, bersaingan dan proaktif. Menurut beliau bahawa program berkenaan telahpun dilaksanakan pada tahun lepas dengan beberapa agensi luar sekolah di bawah program PledgeFor Nature & Community Services Program 2010.