Bulan Ethos S.M.I.L.E. [Julai & Ogos] yang menjurus kepada dua perkara yang hendak dipertingkatkan iaitu:
1. Kesedaran untuk membaca buku di mana-mana dan pada bila-bila waktu saja.
2. Membudayakan pelajar untuk sentiasa berdisiplin atau bersopan-santun pada setiap
masa dan di mana saja sebagai asas untuk berjaya.
Tema bagi program berkenaan ialah: GENERASI PENCINTA BUKU dan BERDISIPLIN ASAS KEJAYAANPelancaran program tersebut telah dilaksanakan pada 26 Julai 2010. Semua warga sekolah terlibat dalam program berkenaan termasuk kakitangan dan beberapa orang ibubapa pelajar juga hadir dan menjadi contoh atau 'role model' kepada semua pelajar.