
01 Disember 2010, Rabu; Satu sesi Profesional & Suai Kenal bagi empat orang guru baru termasuk seorang Guru Relif Unit Pendidikan Khas telah diadakan dengan tujuan memberi beberapa maklumat hal ehwal sekolah. Antara perkara yang disampaikan ialah; Profil Sekolah, Agenda atau Program Utama Sekolah khasnya Akademik & Kokurikulum di samping beberapa perkara lain yang berkisar tentang Etika Kerja & Perlaksanaan Tugas & Tanggungjawab bagi Tahun 2011.