2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead

LAWATAN KERJA SEKOLAH YAYASAN SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH















04 Jun 2011, Sabtu; SR Tutong Kem telah menerima Kunjungan dari rombongan Sekolah Yayasan Haji Hassanal Bolkiah yang diketuai oleh YM Cikgu Norbaini binti Hj.Abdullah Pegawai Pelajaran Kanan/Guru Besar, bersama dengan Pen.Guru Besar, Guru-Guru Kanan dan Ketua-Ketua Unit sekolah berkenaan seramai 25 orang. Semasa lawatan, Guru Besar telah memberikan taklimat Profil Sekolah dan hal-hal Pengurusan dan Pentadbiran sekolah dan seterusnya membuat lawatan kebeberapa bahagian bangunan dan bilik-bilik khas & kelas-kelas. Di sesi lawatan itu, guru-guru di kedua pihak berkesempatan untuk berinteraksi dan bertukar-tukar maklumat khasnya dalam pengajaran dan pembelajaran.

LAWATAN KERJA PEMIMPIN JAPSER BRUNEI 2A










28 Mei 2011, Sabtu; Seramai 20 orang Pemimpin-Pemimpin Sekolah Rendah JAPSER Brunei 2A bersama seorang Penyelia Daerah zon berkenaan telah mengadakan lawatan Kerja ke sekolah ini. Semasa lawatan Guru Besar sekolah ini telah menyampaikan taklimat mengenai profil dan pengurusan sekolah dan seterusnya dibawa melawat ke beberapa bahagian sekolah terutamanya di bilik-bilik khas.

ENGLISH SPELLING COMPETITION 2011



Dyg.Nur Azmirah Sa'datul Adawiyah Binti Md.Daud, wakil Pelajar sekolah ini, menerima hadiah tempat Ke TIGA daripada Tetamu Kehormat YM Cikgu Hj.Muhd.Shuani bin Hj.Abd.Kadir, Pmk.Pen.Pengarah Daerah Zon Tutong I.









01 Jun 2011, Rabu; SR Tutong Kem telah menjadi tuan rumah bagi Spelling Competition 2011 bagi Sekolah-Sekolah Rendah Zon Tutong I di mana seramai 16 buah sekolah telah menyertainya. Tetamu Kehormat di pertandingan berkenaan ialah YM Cikgu Hj.Muhd.Shuani bin Hj.Abd.Kadir Pmk.Penolong Pengarah Daerah Zon Tutong I yang juga berkesudian untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah & sijil kepada pemenang-pemenang dan wakil peserta serta AJK pelaksana.


Wakil sekolah ini, Dyg.NUR AMIRAH SA'DATUL ADAWIYAH BINTI MD.DAUD telah berjaya mendapat tempat KE TIGA di pertandingan itu.


"SYABAS & TAHNIAH DIUCAPKAN"

Semoga SRTK Akan Terus Berjaya

PERTANDINGAN SUDUT BRUNEI KU











19 Mei 2011; Salah satu Projek KTM - Pertandingan Sudut Brunei Ku sekolah ini telah diadakan di mana terdapat empat sudut yang mempamerkan hasil kerja semua pelajar bersama dengan Guru. Empat orang hakim yang terdiri dari Guru Besar dan Guru-Guru Lukisan dari sekolah rendah lain telah diundang untuk menilai dan menghakimkan sudut pameran berkenaan.

STUDENT'S SCRAPBOOKING AWARD 2011






23 Mei 2011; Pihak sekolah telah mengadakan satu projek khas bagi pelajar rendah atas iaitu Student's Scrapbooking Award 2011 dengan tema Hubungan Brunei China. Dua orang hakim khas yang terdiri dari Guru Lukisan Khas dari dua buah sekolah rendah yang lain telah menghakimi hasil kerja pelajar-pelajar berkenaan. Projek berkenaan bertujuan untuk menambah hasil sumber sekolah sebagai bahan rujukan dan alatan pembelajaran. Pihak sekolah tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada semua ibubapa / penjaga pelajar di atas perhatian dan bimbingan kepada anak-anak biskita.


PENGHAKIMAN KTM 2011 BAGI SRTK










24 Mei 2011; Kunjungan Pasukan KTM dari Bahagian Kaunseling dan Kerjaya telah berkunjung ke sekolah ini bagi Sesi Penghakiman Kumpulan Tunas Mekar. Mengikut laporan daripada pelawat berkenaan yang di ketuai oleh YM Cikgu Hj.Haji bin Hj.Othman salah seorang Pegawai Kaunseling, SRTK merupakan satu-satunya peserta dari Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong bersama dengan sekolah-sekolah rendah daerah lain. Tema Pertandingan KTM pada tahun ini ialah "NEGARA KU KEBANGGAAN KU".

Dalam usaha berkenaan, pihak sekolah telah menyediakan beberapa aktiviti khas bagi mengisi projek berkenaan dengan tajuk utama-Kenali dan Cintai Negara.

Kenali Brunei

Melawat sambil belajar 

mempelajari dan mengenali nama bangunan

 hasil kerja Murid



 Sudut Bruneiku d Blok Pra


Sudut Bruneiku di blok C

 Sudut Bruneiku di Blok B