2014

2014
2014 : Wish to have a wonderful Year ahead

Bengkel numerasi untuk Ibubapa dan penjaga Murid






Bengkel numerasi untuk Ibubapa dan Penjaga murid telah dijalankan bagi mengenalkan kepada ibubapa agenda sekolah dalam sama-sama meningkatkan kemahiran numerasi murid-murid khasnya 4 operasi mudah dan sifir.
Bengkel ini disampaikan oleh guru-guru dari unit matematik sekolah. Ibu bapa dan penjaga murid juga berkesempatan untuk mencuba sendiri menjawab soalan-soalan yang berkaitan yang terdapat didalam latihan yang diberikan kepada anak-anak mereka disekolah.
Antara aktiviti dijalankan didalam bengkel ini ialah mengenalkan dan tunjuk cara menjalankan 3 kerja rumah utama yang berkaitan dengan numerasi.
3 Kerja Rumah utama itu adalah:
1. Homelink Tables ( Sifir mudah -20 Soalan)
2. SBO@home ( 4 operasi asas - 80 Soalan)
3. Bijak Sifir di Rumah ( 100 soalan)
Seramai 20 orang Ibu Bapa dan Penjaga Murid menghadirkan diri untuk memberi sokongan dan mengikuti bengkel yang diaturkan.
Pihak Sekolah dan AJK PIBG mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran biskita.

Klinik PSR Anjuran Bahagian Unit Kaunseling dan Bakat Kerja





8 Mei 2010, Sabtu-Klinik PSR anjuran Bahagian Unit Kaunseling dan Bakat Kerja (kawasan Tanggungjawab/penyeliaan Pengawai Kaunseling Tutong 1) telah mengadakan ceramah motivasi dan Taklimat untuk murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan PSR 2010 bertempat di dewan SR Tutong Kem.
Peserta-peserta yang menghadiri Klinik PSR ini adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 6 (yang terpilih) daripada SR PDN PJ Sengkarai, SR Muda Hashim, SR Pg Muda Mahkota, dan SR Tutong Kem.
Salah satu ceramah pada hari itu disampaikan oleh ialah Cikgu Hj Mohd Khairol Alaika bin Hj Abdd Aziz (gambar atas).

Show and tell Part 2



Show and Tell Activity continues to increase pupils' level of confidence in the public speaking capabilities and skills.

Perjumpaan PIBG/PTA 2010

Perjumpaan PIBG/PTA 2010

Pada : 5th April 2010 (Isnin)
Jam :2.00 ptg
Hadir: Ahli Jawatankuasa tertinggi PIBG
dipengerusikan oleh: PGB cikgu Hazibah Bte Hj Abd Manan

Agenda: antaranya...
1.Membincangkan aktiviti tahunan PIBG
2.Membincangkan Hal-hal kutipan Yuran, Bengkel untuk Ibubapa, dan hal berkaitan dengan pembelajaran pelajar-pelajar sekolah.

Ahli PIBG sekolah


Ahli PIBG ibubapa yang hadir.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih diatas kehadiran biskita.

Show and Tell Activity

Show and Tell activity is one of the school activities that has been launched in the school early April.

This ongoing activity is organized by English Language Unit, lead by Cikgu Lulita and All English teachers as the support team.

The activity is conducted during morning assembly. Throughout the activity, pupils are expected to be confidence, and brave to share and tell their favorite things in public


Rasyidah is sharing the story of her favorite teddy bear.



Zurin's waiting for her turn to show and tell others about her pet.

Action Learning Programme Workshops for Teachers

so focus in discussion on the school values



disscussion for assigning Teachers in the School project using RASI matrix


leaderships in all level~ BBC exercises



Leaderships Journey Line ~promotes openess and honesty








presentation of the _ve and +ve of the school values



Emotional Energy....GRPI as a tool


Goals are cleared and leaderships are shared....on the count of 3,show me your GRPI score


THUMB WRISTLE


Teachers~~~~ everybody was having fun,joyful and a good sport!
Thank you very much for your support and time.
COMMITTMENT+SUPPORT+SINCERITY=SR TUTONG KEM !

Dikir Mauludir Rasul

- 4hb Mac 2010

Dikir Mauludir Rasul sempena Maulud Nabi S.A.W pada tahun ini telah didakan di Surau Sekolah Rendah Tutong Kem bermula jam 11.30 pagi. Ianya melibatkan semua murid dan guru-guru.

Pertandingan Pidato Bagi Rendah Atas

- 1hb Mac 2010

Pertandingan pidato tersebut telah dimulakan dengan 2 orang pemidato menyampaikan pidato mereka masing-masing. Pertandingan pidato ini melibatkan 22 orang murid yang telah dipilih dari Tahun 4 hingga 6 yang mana setiap pemidato telah diberi tajuk pidato mereka masing-masing dan telah diberi jadual waktu bila mereka akan menyampaikan pidato mereka.

Seramai 2 orang pemidato akan bertanding pada perbarisan pagi hari Isnin, Rabu dan Sabtu (selama 5 minggu) hinggalah kesemua peserta telah menyampaikan pidato mereka masing-masing. Setelah itu seramai Top 10 pemidato akan dipilih dan bertanding lagi dalam pusingan akhir bermula 5hb April hingga 14hb April untuk menentukan pemenang.

Menyanyikan Lagu Patriotik Sempena hari Kebangsaan

- 22hb Februari 2010

Nyanyian lagu patriotik telah diadakan semasa perkumpulan pagi sempena menyambut Hari Kebangsaan kali yang ke-26. Lagu yang dinyanyikan ialah 'Tekad Kemerdekaan'. Nyanyian lagu patriotik yang lain akan diadakan lagi pada 24 & 25hb ini.

Aktiviti Matematik

- 11hb Februari 2010

Aktiviti Matematik telah diadakan dalam perkumpulan pagi. Murid-murid yang terlibat ialah Muhammad Adi Fauzan bin Abu Bakar (Thn 4A), Nuzul Laila Fitri binti Amarin (Thn 4A) & Adli bin Sahbowai (Thn 4B).

Perjumpaan Guru-Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Tutong

- 10hb Februari 2010

Perjumpaan tersebut adalah sebagai salah satu aktiviti Bahagian Kebudayaan.

Pertandingan Powerpoint & Pameran KTM

- 3hb Februari 2010

Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Rimba. Tahniah kepada Sekolah Rendah Tutong Kem kerana telah berjaya memasuki pusingan akhir ini. Semoga akan beroleh kejayaan di masa akan datang.

Persiapan Untuk Pertandingan Powerpoint & Pameran KTM (Pusingan Akhir)

- 3hb Februari 2010

Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Sekolah Menengah Rimba. Tahniah kepada Sekolah Rendah Tutong Kem kerana telah bertanding di pusingan akhir ini. Semoga apa yang telah dilalui disepanjang pusingan awal hinggalah ke pusingan akhir ini akan dijadikan batu loncatan untuk mencapai kejayaan di masa akan datang, Amin.

Penghakiman Untuk Program KTM

- 28hb Januari 2010
Penghakiman telah dijalankan oleh 5 orang pegawai iaitu Hj Muhd Khairol Alaika Hj Abd Aziz, Hj Mustapa Bin Hj Masri, Selamat Bin Abdullah, Lim Mok Seng & Pg Muhd Zamreen. Penghakiman adalah melibatkan semua kawasan sekolah. Berikut adalah gambar-gambar semasa penghakiman dijalankan.